ini soalan yg selalu diajukan pada saya.
Untuk menjawab persoalan ini, saya bagi lima perbandingan cara dan proses top up gas untuk peti berbanding kereta.
1. kos transport.
Untuk peti harga yang ditawarkan adalah termasuk transport dari rumah pelanggan ke kedai dan apabila siap perlu dipulangkan balik kerumah pelanggan. tapi bagi kereta kami sebagai mekanik tidak perlu ambil kereta di rumah dan dipulangan apabila siap kelak. biasanya pelanggan hantar sendiri ke kedai.
2. cara masuk gas adalah berbeza.
Untuk peti, sebelum masuk gas kita kena pastikan tiada tempat yang bocor sebelum masuk gas dan proses top up gas mungkin berulang ulang beberapa kali sehingga tiada lagi tempat yang bocor dikesan.
Untuk kereta pula, hanya sekadar buat pemerhatian secara kasar jika ada bocor pada bahagian penyambungan dan oil seal sahaja. apabila dah top up gas dah siap tidak perlu isi ulang, jika di dapati ada kebocoran kos lain akan dikenakan,
3. jumlah yang perlu diisi
Ramai orang yang tidak tahu hakikat yang sebenarnya jumlah gas yang perlu diisi pada peti jauh lebih rendah daripada kereta,
untuk setiap isian gas pada peti, hanya 80-200 gram sahaja diperlukan. tapi untuk kereta memerlukan 300 - 500 gram.
4. pengawasan semasa proses isian gas
bagi peti sejuk, 30 minit pertama adalah waktu kritikal dalam proses memasukkan gas, Pada masa ini pelbagai kemungkinan akan timbul dan membawa kepada kerosakkan kekal pada compressor. Dan kerja kerja pemantauan akan berterusan sehingga 24 jam atau lebih sehingga ada kestabilan pada sistem peti itu sendiri. setelah stabil barulah dianggap proses memasukkan gas siap.
untuk kereta pula proses memasukkan gas hanya mengambil masa tak sampai lima minit dan tak perlu kepada pemantauan yang rapi.
5. kekerapan isian isian semula gas
pada peti sejuk, oleh kerana sistem sudah di seal mati tidak perlu lagi disi ulang gasnya pada masa akan datang, jika gas ddapati kurang, Ini menandaka ada kebocoran pada sistem.
Bagi kereta pula, siatem tidak seal mati dan penggunaan oil seal dan gasket gas akan dapat meresap keluar, ini penyebab perlu diisi ulang gas.
Ini saja lima perbezaan cara memasukkan gas ekon pada peti sejuk berbanding kereta pada pandangan saya. Sebenarnya banyak lagi perbezaan cara memasukkan gas antara peti dan kereta. jika dikira kos membaiki ekon kereta jauh lebih mahal daripada peti sejuk jika dibuat secara keseluruhan macam peti sejuk.