Rabu, 28 September 2016

6 Tips penjagaan peti sejuk

Peti sejuk adalah antara peralatan elektrik yang tahan lama iaitu antara 5 - 10 tahun. . Sebabnya, memang peti sejuk jarang rosak jika bukan disebabkan oleh wayar pintas dan sebagainya.






Berikut adalah tips penjagaan peti sejuk


1. Singkatkan masa ketika membuka pintu peti sejuk.
Kurangkan aksi buku dan tutup pintu peti sejuk dan kurangakan masa membuka pintu peti sejuk. Ini dapat mengurangkan masa compressor beroperasi dan  dapat mengurangkan bill elektrik anda.

2. Pilih peti sejuk mengikut keperluan penggunaan.
 Gunakan peti sejuk jenis 2 pintu iaitu freezer dan cooler kerana kita lebih banyak buka-tutup pintu untuk mengambil / menyimpan barang-barang di cooler daripada di freezer, sedangkan tenaga elektrik lebih banyak digunakan untuk memastikan bahagian sejuk-beku itu sentiasa dibawah paras beku.

3. Jangan masukkan barang-barang yang masih panas atau suam ke dalam peti sejuk.
tindakan memasukkan barang yang masih panas kedalam peti sejuk akan mengakibatkan peti sejuk berkerja dengan lebih untuk membuang haba yang masih panas.


4. Sentiasa kemaskini susunan barang dalam peti sejuk
Buat dengan kerap mengemas barang-barang di dalam peti sejuk, keluarkan barang-barang yang tidak perlu disejukkan seperti sesetengah rempah ratus atau jem-jem yang sudah lewat tarikh atau kicap, sos cili dan lain-lain. Kalau barang-barang itu kerap terlewat tarikh tanpa habis digunakan, sudah sampai masanya untuk memilih pek yang lebih kecil.

5. Sentiasa lakukan defrost
Defrost bahagian sejuk-beku dengan lebih kerap untuk menjamin efficiency sejuk beku.

6. Perikas saluran udara
 Periksa lubang saluran udara sejuk keluar di bahagian sejuk-beku (untuk sesetengah jenis peti sejuk sahaja), pastikan tiada barang yang menghalang udara sejuk disembur keluar dari lubang ini.

Semoga tips penjagaan peti sejuk di atas memberikan kita pengetahuan baru dan banyak menjimatkan duit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan