Jumaat, 21 Oktober 2016

5 perbezaan cara top up gas peti sejuk berbanding kereta

"Kenapa masuk gas peti sejuk mahal berbanding kereta?.... sedangkan gas yang digunakan adalah sama"  
ini soalan yg selalu diajukan pada saya.

Untuk menjawab persoalan ini,  saya bagi lima perbandingan cara dan proses top up gas untuk peti berbanding kereta.

1. kos transport.
Untuk peti harga yang ditawarkan adalah termasuk transport dari rumah pelanggan ke kedai dan apabila siap perlu dipulangkan balik kerumah pelanggan. tapi bagi kereta kami sebagai mekanik tidak perlu ambil kereta di rumah dan dipulangan apabila siap kelak. biasanya pelanggan hantar sendiri ke kedai.


2. cara masuk gas adalah berbeza.
Untuk peti, sebelum masuk gas kita kena pastikan tiada tempat yang bocor sebelum masuk gas dan proses top up gas mungkin berulang ulang beberapa kali  sehingga tiada lagi tempat yang bocor dikesan.

Untuk kereta pula, hanya sekadar buat pemerhatian secara kasar jika ada bocor pada bahagian penyambungan dan oil seal sahaja. apabila dah top up gas dah siap tidak perlu isi ulang, jika di dapati ada kebocoran kos lain akan dikenakan,

3. jumlah yang perlu diisi
Ramai orang yang tidak tahu hakikat yang sebenarnya jumlah gas yang perlu diisi pada peti jauh lebih rendah daripada kereta,
untuk setiap isian gas pada peti, hanya 80-200 gram sahaja diperlukan. tapi untuk kereta memerlukan 300 - 500 gram.

4. pengawasan semasa proses isian gas
bagi peti sejuk, 30 minit pertama adalah waktu kritikal dalam proses memasukkan gas, Pada masa ini pelbagai kemungkinan akan timbul dan membawa  kepada kerosakkan kekal pada compressor. Dan kerja kerja pemantauan akan berterusan sehingga 24 jam atau lebih sehingga ada kestabilan pada sistem peti itu sendiri. setelah stabil barulah dianggap proses memasukkan gas siap.

untuk kereta pula proses memasukkan gas hanya mengambil masa tak sampai lima minit dan tak perlu kepada pemantauan yang rapi.


5. kekerapan isian isian semula gas
pada peti sejuk, oleh kerana sistem sudah di seal mati tidak perlu lagi disi ulang gasnya pada masa akan datang, jika gas ddapati kurang, Ini menandaka ada kebocoran pada sistem.

Bagi kereta pula, siatem tidak seal mati dan penggunaan oil seal dan gasket gas akan dapat meresap keluar, ini penyebab perlu diisi ulang gas.

Ini saja lima perbezaan cara memasukkan gas ekon pada peti sejuk berbanding kereta pada pandangan saya. Sebenarnya banyak lagi perbezaan cara memasukkan gas antara peti dan kereta. jika dikira kos membaiki ekon kereta jauh lebih mahal daripada peti sejuk jika dibuat secara keseluruhan macam peti sejuk.

Rabu, 28 September 2016

6 Tips penjagaan peti sejuk

Peti sejuk adalah antara peralatan elektrik yang tahan lama iaitu antara 5 - 10 tahun. . Sebabnya, memang peti sejuk jarang rosak jika bukan disebabkan oleh wayar pintas dan sebagainya.






Berikut adalah tips penjagaan peti sejuk


1. Singkatkan masa ketika membuka pintu peti sejuk.
Kurangkan aksi buku dan tutup pintu peti sejuk dan kurangakan masa membuka pintu peti sejuk. Ini dapat mengurangkan masa compressor beroperasi dan  dapat mengurangkan bill elektrik anda.

2. Pilih peti sejuk mengikut keperluan penggunaan.
 Gunakan peti sejuk jenis 2 pintu iaitu freezer dan cooler kerana kita lebih banyak buka-tutup pintu untuk mengambil / menyimpan barang-barang di cooler daripada di freezer, sedangkan tenaga elektrik lebih banyak digunakan untuk memastikan bahagian sejuk-beku itu sentiasa dibawah paras beku.

3. Jangan masukkan barang-barang yang masih panas atau suam ke dalam peti sejuk.
tindakan memasukkan barang yang masih panas kedalam peti sejuk akan mengakibatkan peti sejuk berkerja dengan lebih untuk membuang haba yang masih panas.


4. Sentiasa kemaskini susunan barang dalam peti sejuk
Buat dengan kerap mengemas barang-barang di dalam peti sejuk, keluarkan barang-barang yang tidak perlu disejukkan seperti sesetengah rempah ratus atau jem-jem yang sudah lewat tarikh atau kicap, sos cili dan lain-lain. Kalau barang-barang itu kerap terlewat tarikh tanpa habis digunakan, sudah sampai masanya untuk memilih pek yang lebih kecil.

5. Sentiasa lakukan defrost
Defrost bahagian sejuk-beku dengan lebih kerap untuk menjamin efficiency sejuk beku.

6. Perikas saluran udara
 Periksa lubang saluran udara sejuk keluar di bahagian sejuk-beku (untuk sesetengah jenis peti sejuk sahaja), pastikan tiada barang yang menghalang udara sejuk disembur keluar dari lubang ini.

Semoga tips penjagaan peti sejuk di atas memberikan kita pengetahuan baru dan banyak menjimatkan duit.




Rabu, 21 September 2016

5 TIPS PENJAGAAN MESIN PEMBASUH



1. JANGAN LETAK MESIN BASUH ANDA DALAM TANDAS / DITEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN AIR
-ia boleh menyebabkan pcb board mesin basuh terkena air dan terbakar..selain itu kesan  letak mesin basuh di dalam tandas boleh mengakibatkan pengguna terkena renjatan arus elektrik.. apa yang saya lihat terjadinya pengguna meletak mesin basuh di tandas berpunca tiada ruang untuk letak mesin basuh. jika terpaksa anda cuba cari satu alas yg di perbuat dari getah untuk menjadi penebat arus elektrik alaskan dia bawah mesin basuh anda

2. JANGAN MEMBASUH KETIKA PETIR
-boleh mengakibatkan pcb board anda terbakar dan jangan lupa cabut plug selepas guna untuk keselamatan

3. JANGAN MEMBASUH LEBIH DARI KAPASITI YANG D TETAP KAN
-apa yang saya lihat; kebanyakan pengguna beranggapan kapasiti (contoh 7kg) bermaksud boleh meletak pakaian seberat 7kg.  hakikatnya  dan sebenar benarnya 7kg itu bermaksud berat pakaian dan juga air oleh kerana itu banyak terjadinya kerosakan pada kompenan mesin basuh yang bernama machanism  gearbox.

4. JANGAN MEMBASUH KETIKA TEKANAN AIR RENDAH
- atas dasar pengalaman saya punca terjadinya kerosakan di bahagia feed vale dan juga pcb board berpunca dari tekanan air yg rendah




5. PERIKSA POKET SELUAR ATAU BAJU SEBELUM ANDA MEMBASUH
- kebanyakan pengguna mengalami masalah bunyi bising ketika proses mengering dan air sentiasa keluar ketika proses membasuh kebanyakanya berpunca dari duit syiling  yang berada dari poket dan menyebab kan duit syiling tersangkut dia laluan air untuk keluar

sekian itu sahaja dari saya..
semoga memberi manfaat kepada pengguna mesin basuh

Rabu, 22 Jun 2016

compressor

Componen terpenting bagi sesebuah peti sejuk ia amatlah sensitif terhadap perubahan arus elektrik. jika compressor rosak . sesebuah peti sejuk tidak akan berfungsi. kos untuk mengganti compressor amatlah tinggi.

Disini saya berkongsi beberapa tips bagi menjaga compressor agar tidak mudah rosak
1. elak dari menggunakan terlalu banyak socket penyambung (extenssion wire)
2. elak dari berkongsi plug dengan perkakasan lain.
3. jika perlu matikan sesebuh peti sejuk, tunggu 10 - 15 minit sebelum boleh buka balik.