Rabu, 28 September 2016

6 Tips penjagaan peti sejuk

Peti sejuk adalah antara peralatan elektrik yang tahan lama iaitu antara 5 - 10 tahun. . Sebabnya, memang peti sejuk jarang rosak jika bukan disebabkan oleh wayar pintas dan sebagainya.






Berikut adalah tips penjagaan peti sejuk


1. Singkatkan masa ketika membuka pintu peti sejuk.
Kurangkan aksi buku dan tutup pintu peti sejuk dan kurangakan masa membuka pintu peti sejuk. Ini dapat mengurangkan masa compressor beroperasi dan  dapat mengurangkan bill elektrik anda.

2. Pilih peti sejuk mengikut keperluan penggunaan.
 Gunakan peti sejuk jenis 2 pintu iaitu freezer dan cooler kerana kita lebih banyak buka-tutup pintu untuk mengambil / menyimpan barang-barang di cooler daripada di freezer, sedangkan tenaga elektrik lebih banyak digunakan untuk memastikan bahagian sejuk-beku itu sentiasa dibawah paras beku.

3. Jangan masukkan barang-barang yang masih panas atau suam ke dalam peti sejuk.
tindakan memasukkan barang yang masih panas kedalam peti sejuk akan mengakibatkan peti sejuk berkerja dengan lebih untuk membuang haba yang masih panas.


4. Sentiasa kemaskini susunan barang dalam peti sejuk
Buat dengan kerap mengemas barang-barang di dalam peti sejuk, keluarkan barang-barang yang tidak perlu disejukkan seperti sesetengah rempah ratus atau jem-jem yang sudah lewat tarikh atau kicap, sos cili dan lain-lain. Kalau barang-barang itu kerap terlewat tarikh tanpa habis digunakan, sudah sampai masanya untuk memilih pek yang lebih kecil.

5. Sentiasa lakukan defrost
Defrost bahagian sejuk-beku dengan lebih kerap untuk menjamin efficiency sejuk beku.

6. Perikas saluran udara
 Periksa lubang saluran udara sejuk keluar di bahagian sejuk-beku (untuk sesetengah jenis peti sejuk sahaja), pastikan tiada barang yang menghalang udara sejuk disembur keluar dari lubang ini.

Semoga tips penjagaan peti sejuk di atas memberikan kita pengetahuan baru dan banyak menjimatkan duit.




Rabu, 21 September 2016

5 TIPS PENJAGAAN MESIN PEMBASUH



1. JANGAN LETAK MESIN BASUH ANDA DALAM TANDAS / DITEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN AIR
-ia boleh menyebabkan pcb board mesin basuh terkena air dan terbakar..selain itu kesan  letak mesin basuh di dalam tandas boleh mengakibatkan pengguna terkena renjatan arus elektrik.. apa yang saya lihat terjadinya pengguna meletak mesin basuh di tandas berpunca tiada ruang untuk letak mesin basuh. jika terpaksa anda cuba cari satu alas yg di perbuat dari getah untuk menjadi penebat arus elektrik alaskan dia bawah mesin basuh anda

2. JANGAN MEMBASUH KETIKA PETIR
-boleh mengakibatkan pcb board anda terbakar dan jangan lupa cabut plug selepas guna untuk keselamatan

3. JANGAN MEMBASUH LEBIH DARI KAPASITI YANG D TETAP KAN
-apa yang saya lihat; kebanyakan pengguna beranggapan kapasiti (contoh 7kg) bermaksud boleh meletak pakaian seberat 7kg.  hakikatnya  dan sebenar benarnya 7kg itu bermaksud berat pakaian dan juga air oleh kerana itu banyak terjadinya kerosakan pada kompenan mesin basuh yang bernama machanism  gearbox.

4. JANGAN MEMBASUH KETIKA TEKANAN AIR RENDAH
- atas dasar pengalaman saya punca terjadinya kerosakan di bahagia feed vale dan juga pcb board berpunca dari tekanan air yg rendah




5. PERIKSA POKET SELUAR ATAU BAJU SEBELUM ANDA MEMBASUH
- kebanyakan pengguna mengalami masalah bunyi bising ketika proses mengering dan air sentiasa keluar ketika proses membasuh kebanyakanya berpunca dari duit syiling  yang berada dari poket dan menyebab kan duit syiling tersangkut dia laluan air untuk keluar

sekian itu sahaja dari saya..
semoga memberi manfaat kepada pengguna mesin basuh